
Seorang guru yang sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;
Guru : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!
Tiada siapa yang berdiri. Dia bertanya soalan yang sama sekali lagi, masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar berdiri.
Guru : Bagus! tahu pun diri awak tu bodoh. Sekarang beritahu saya kenapa awak rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kasihan tengok cikgu berdiri seorang saja
No comments:
Post a Comment