Google

Thursday, January 1, 2009

Haunted Lift @ Lif BerHANTU


Nina adalah seorang pekerja kilang. Satu hari, dia terpaksa kerja OT dan pulang pada pukul 12 tengah malam. Untuk naik ke rumahnya di tingkat 12, Nina terpaksa menggunakan lif yang digelar "Haunted Lift". Bila Nina masuk ke dalam lif tu, ada seorang perempuan tua yang bongkok di sudut hujung. Rambutnya panjang tak berikat lagi pulak pakai baju serba putih. Walaupun cuak, tetapi sebab nak sampai rumah cepat, Nina terpaksa naik. Masa di tingkat 5, Nina tetiba je rasa seram sejuk. Dia toleh kejap kat orang tua kat belakang dia. Fuhh! Masih ada. Nina tarik nafas lega.

Tapi masa melewati tingkat 9, lif tiba-tiba berhenti dan lampu terpadam. Nina cuak. Apatah lagi pada masa yang sama dia terbau sesuatu yang amat busuk. Serentak mulut dia terkumat-kamit baca apa-apa jenis jampi serapah yang dia reti. Tapi bau busuk tu tetap tak hilang. Mahu tercabut jantung Nina bila dia dengar bunyi 'psssttt! psssstt!' dan kemudian bau busuk tadi diganti dengan bau wangi pulak. Bertambah laju mulut dia menyebut ayat-ayat serapah.

Bling! Lampu tiba-tiba menyala balik dan lif tu beroperasi semula. Nina cuba untuk beranikan diri toleh belakang. Mahu terjerit dia bila orang tua tadi betul-betul ada di belakang sambil tersengih. Nenek tu kata, "maaf cu, nenek terkentut tadi. nenek dah spray dengan minyak wangi nenek. Jangan ambil hati ya?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Aku?

My photo
Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!