Google

Tuesday, December 22, 2009

Cerita Pasal Gigi

Seorang pemimpin sebuah majlis makan malam agak terlewat ke majlis tersebut menyebabkan dia agak tergesa-gesa menghadiri majlis tersebut.
Ketika sampai di majlis tersebut.. dia terus duduk di meja utama.. Tiba-tiba barulah dia sedar yang dia terlupa memakai gigi palsunya.

Dia berkata pada lelaki di sebelahnya..
"Saya lupa memakai gigi palsu saya"

Lelaki itu menjawab..
"Oh... tak jadi masalah"

Lalu lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan sepasang gigi palsu.
"Cubalah ini" katanya

Pemimpin itu mencubanya.
"Terlalu longgar" katanya.

Kemudian lelaki itu berkata
"Saya masih ada yang lain... ini dia.. cubalah lagi."

Pemimpin itu mencuba sekali lagi dan berkata
"Terlalu ketat"

Lelaki itu berkata lagi..
"Jangan bimbang... saya masih asa sepasang gigi palsu lagi... cubalah."

Pemimpin itu mencubanya dan berkata..
"Okey.. yg ini sangat sesuai.. sempurna"

Dengan gigi tersebut Pemimpin itu memakan makanannya
dan memberikan alamatnya pada lelaki yang menolongnya.

Setelah makan malam selesai, Pemimpin itu mengucapkan terima kasih pada lelaki yang telah menolongnya.

"Saya mengucapkan terima kasih atas bantuan Anda.
Pejabat anda dimana? Saya sudah lama mencari doktor gigi yang hebat seperti Anda."

Lelaki itu menjawab
"Oh.. saya bukan seorang doktor gigi.. Saya adalah seorang pengali kubur"

Tuesday, April 7, 2009

Pepatah Melayu Moden


Pepatah melayu lama kita ada yang dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi untuk ianya terus dapat digunakan, maka harus kena modified sikit mengikut keperluan semasa. Berikut adalah antara pepatah yang telah diubah suai mengikut zaman sekarang.

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang terpaksa ambil flight lain sebab k/terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tercium pulak tahi ayam, terantuk pulak pasu bunga, kepala tercucuk pulak duri bunga, kaki terpijak pulak belahan pasu bunga... ishk seksa...seksa....

4.Alang-alang mandi biar guna sabun & syampoo.

5.Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.

6.Sebab pulut santan binasa sebab mulut tak pasal-pasal kena saman malu berjuta-juta...

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut yg berbau tu..uikss..hanya tuhan yg tahu..

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)

11.Makan hati berulamkan jantung pisang, kena pulak paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah.

12.Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ketiak masam

13.Biar korek hidung jangan korek tabung

14.Berakit-rakit ke hulu,kalau nak ke hilir naik sajalah bot.

15.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

16.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi bukan kau sorang dalam dunia ni.....boleh blahlah....

17.Harapkan pagar, padi pulak yang makan pagar...

18.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati takde duit nak beli susu lembu.

19.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bercinta.

20.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

21.Biar lambat asalkan tak kena speed trap.

22.Kalau tiada rotan, pelempang pun jadilah....

23.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

24.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton

25.Air dicincang takkan boleh dibuat lauk kenduri.

26.Kerbau dipegang pada tali, manusia jangan dipegang sebarangan silap-silap kena lempang

27.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak cantik

28.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat...klau susah tembak ajelah..

29.Takkan lari gunung dikejar, Tapi pasti gunung takkan datang kalau setakat dok tunggu aje...

30.Rambut sama hitam, kutu lain-lain. (kat kepala masing-masinglah)

31.Patah tumbuh, hilang reportlah polis.

32.Lembu punya susu, Ducth-Lady dapat nama.

33.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

34.Berapa berat mata memandang, berat lagi klau angkat beras seguni...

35.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

36.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

37.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......

38.Bunga bukannya sekuntum, kumbang pakai BMW pun bukan seekor....

39.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba dah jadi satey Kajang

40.Kalau kail panjang sejengkal, pancing ajelah dalam equarium.

41.Kalau takut dilambung ombak buatlah rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

42.Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

43.Ditelan pahit, dibuang macam mana nak baik demam(bab makan ubat ni)

44.rezki jgn ditolak,awek kena lah cari..

45.bagai pinang dilenyek bulldozer (bagi yg tak secocok)

Friday, February 27, 2009

Pak Pandir vs Si Luncai


Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi dia bingung di manakah dia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut bank jatuh bangkrup. Kalau letak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya dia mendapat idea, dia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan olehnya.

Setelah lewat tengah malam, Si Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Si Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

cuba hayati cerita ni.....
antara keduanya siapakah yang lebih bijak...???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Aku?

My Photo
Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!