Google

Friday, February 27, 2009

Pak Pandir vs Si Luncai


Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi dia bingung di manakah dia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut bank jatuh bangkrup. Kalau letak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya dia mendapat idea, dia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan olehnya.

Setelah lewat tengah malam, Si Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Si Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

cuba hayati cerita ni.....
antara keduanya siapakah yang lebih bijak...???

Sama-sama PENING


Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina lah bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama saja!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg lah bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... anda semua sama saja...!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Aku?

My photo
Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!