Google

Thursday, November 27, 2008

Monyet yang BODOH!


Suatu petang tarzan bersama pembantunya seekor monyet sedang berehat di atas sebatang pokok. "Tarzan saya nak tanya satu soalan boleh tak?" minta si monyet. "Boleh, apa soalannya?" jawab tarzan memberi izin. "Saya peliklah Kenapa tarzan pakai cawat?". "Oh…ini hal orang tua-tua, engkau budak-budak mana boleh tahu" balas tarzan. "Alaahai…takkanlah dengan saya pun nak berahsia" desak si monyet. "Aku kata tak boleh, tak bolehlah jangan degil" balas tarzan lagi.
Selepas didesak berkali-kali tarzan tetap tidak mahu memberi tahu si monyet. Keadaan ini menyebabkan si monyet naik berang dan beredar dari situ dengan segera. "Tak mengapa tarzan, hari ini hari engkau" getus hati kecil si monyet tanda masih tidak berpuas hati. "Aku akan intai engkau petang ini dekat sungai. Aku tahu engkau biasanya bila mandi tak pakai cawat" rancangan jahat muncul di kepala si monyet.
Demi menjayakan rancangannya, si monyet mengajak beberapa ekor monyet lain. Seperti kebiasaan tarzan pergi ke sungai pada petang itu. Sedang enak dia bermandi-manda, kedengaran suara hilai tawa dari sekumpulan monyet bodoh di sebalik pokok yang berhampiran. "Ooo…patutlah tarzan pakai cawat, rupa-rupanya dia malu dengan kita, ekor dia dekat depan tak macam kita ekor dekat belakang. kasihan tarzan, kontot pulak tu ekor dia hahaha" ketawa kumpulan monyet tersebut hinggakan ada yang terjatuh dari pokok dek kerana ketawa yang tidak terkawal.

Teladan Disebalik Cerita Ini :
1. Tidak Semua Perkara Kita Perlu Ambil Tahu
2. Jangan Sibuk Mengintai keburukan orang lain
3. Jangan buat perkara yang tidak berfaedah
4. Hormati HAK dan RAHSIA Orang lain
5. Jangan lupa pakai kain basahan ketika mandi

2 comments:

  1. aku nak comment;
    1.jangan lupa pakai spender masa mandi dan jangan jadi macam adri x pakai spender

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Aku?

My photo
Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!