Google

Thursday, December 25, 2008

Know the meaning



Question:
What's the difference between STRESS, TENSION & PANIC..???

Answer:
STRESS - when wife is pregnant,
TENSION - when girlfriend is pregnant &
PANIC is when BOTH are pregnant..!!!!

Hukuman untuk guru


Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."

Saturday, December 20, 2008

Surat Cinta JIWANG KARAT!


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Aku Yang Tak Benar:
Penghulu Kg Ciku

P/S: Surat ni KHUSUS BAGI PASANGAN BERCINTA .... MANA TAU PASANGAN / ISTERI /SUAMI ANDA MERAJUK HATI ... APAKATA HANTAR SURAT SEBEGINI !! YANG TAK BERCINTA PUN TAKPE.. BAGILAH KUCING ANDA BACA.. MESTI KUCING ANDA PUN SUKA

Thursday, December 18, 2008

Character manusia berdasarkan kentutnyerrr...dimanakah kerekter ANDA???


1. Orang YANG TIDAK JUJUR : orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BENGONG : orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020 : orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA : orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS : orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP : orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah
7. Orang YANG PERCAYA DIRI SENDIRI : orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS : orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU : orang yang kentut tidak berbunyi tapi gusar orang lain terbau kentutnya.
10.Orang STRATEGIK : orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11.Orang BODOH : orang yang kalau habis kentutnya menghirup nafas untuk mencium angin kentutnya.
12.Orang PELIK : orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.
13.Orang SOMBONG : orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14.Orang RAMAH : orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain
15.Orang YANG TIDAK SENANG BERGAUL : orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16.Orang AKUATIK : orang kalau gemar kentut di dalam air
17.Orang ATLETIK : orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18.Orang JUJUR : orang yang mengaku kalau habis kentut
19.Orang PINTAR : orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain.
20.Orang KELAKAR : orang yang bila ketawa sambil terkentut

21.Orang YANG ROMANTIK : orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.
22.Orang YANG TIDAK SIHAT : orang yang bila batuk dia akan terkentut.
23.Orang YANG PANAS BARAN : orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.
24.Orang YANG PELUPA : orang yang tertanya- tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.


Jadi anda manusia yg berkerekter apakah???

Tuesday, December 16, 2008

Kisah Pengantin


Kisah terjadi sewaktu Majlis akad nikah. Majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ini. Jadi masa bersila tu. Aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “ lima ”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecil-kecil lagi. Tok kadi pun angguk lah, jadi aku rasa jawapan tu ok lah kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling. Aku rasa macam nak tolong saja mamat pengantin tu…bukannya susah, jawapannya anjing dengan bab* saja,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum.. tiba-tiba majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman .

Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata,yang
aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin
tu jawap “Taik Gajah” suasana jadi hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana …taik gajah… besar betul..
lebih2 lagi bila gajah makan durian

Monday, December 15, 2008

How a woman thinks


A married couple is driving along a highway doing a
steady forty mile per hour. The wife is behind the
wheel. Her husband suddenly looks across at her and
speaks in a clear voice.

"Darling," he says. "I know we've been married for
twenty years, but I want a divorce."
The wife says nothing, keeps looking at the road ahead
but slowly increases her speed to 45 mph.

The husband speaks again. "I don't want you to try and
talk me out of it,"he says, "because I've been having
an affair with your best friend, and she's a far
better lover than you are."

Again the wife stays quiet, but grips the steering
wheel more tightly and slowly increases the speed to
55.
He pushes his luck. "I want the house," he says
insistently.
Up to 60.
"I want the car, too," he continues.
65 mph.
"And," he says, "I'll have the bank accounts, all the
credit cards and the boat."
The car slowly starts veering towards a massive
concrete bridge. This makes him a wee bit nervous, so
he asks her: "Isn't there anything you want?"
The wife at last replies - in a quiet and controlled
voice.
"No, I've got everything I need." she says."Oh,
really?" he inquires, "so what have you got?" Just
before they slam into the wall at 75 mph, the wife
turns to him and smiles.
"The airbag."

Never underestimate how a woman thinks.

Moral of the story don't buy Toyota VIOS E as it has
only one airbag. The husband sure die laa and wife gets
everything. If WAJA both will jalan i.e. dieeee loorrr (no airbag) unless
WAJA premium.

Tuesday, December 2, 2008

Husband's Story


4 husbands were sitting at the waiting room in a hospital while waiting for their wives birth giving. Then a nurse came out and told to the first daddy, "congratulation, you got twins!"."ohh.. maybe its a coincident" said the daddy."i am working with the Petronas Twin Towers".

Then another nurse came out and told to the second daddy, "congratulation! you have triplets!"."Wooow!, this is a coincident too" said the second daddy. "I am working for 3M Corporation"

Another nurse came out and told the third daddy "Congratulation! isteri you dapat kembar empat"."Alhamdulillah! Maybe this is also a coincident"."I kerja di Four Season Hotel!"

While, the fourth daddy-to-be were in uncontrol worry.
All the 3 daddies asked him, "why are you seems so worry??"
He answered, "i am working with Seven-Eleven!"

Hensem vs X Hensem


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Aku?

My photo
Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!