Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam & Bahasa Arab 2016
-
Assalamualaikum wbt..
Di sini admin ada upload RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi kegunaan
Tahun 2016.Kandungan RPT ini bermula dari tahun 1 hing...
Saturday, November 22, 2008
Bapak Borek Anak Rintik
Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan. Setelah didekati, rupa-rupanya penceramah itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya.
Suatu petang, dia mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba dia terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, namun kebimbangan itu hilang bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera. "Itulah Mat, rugi tak ikut, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai, rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit dalam sungai tu." mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah. Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Aku?
- Sensei84
- Seorang budak yang masih lagi pening dan tak tahu arah tujuan dlm hidup...Itu dulu lah but skrg ni my vision and mission getting clear and I'm proud to be what I'm now!
No comments:
Post a Comment